16 August 2011

17 Ramadhan..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog ni.Pejam celik pejam celik dah 17 hari kita puasa.....Ingatkah kalian kepada terikh 17 Ramadhan?Peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut adalah peristiwa Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

sumber:wikipedia